Gambar
menunjukkan keadaan Pulau Duyong semasa banjir besar melanda Terengganu
pada tahun 1965. Banjir pada tahun itu dianggap sebagai salah satu
banjir yang terbesar melanda seluruh negeri Terengganu dan menyebabkan
kemusnahan yang meluas.
Dalam gambar
ini, turut kelihatan kawasan sekitar Padang Hiliran, Bukit Besar Haji
Salleh, Pulau Kambing, kawasan darat seperti Pak Bang, Pengadang Baru,
Kg Panji dan Gelugur Raja turut ditenggelami air.
Begitulah
kecekalan Bangsa Terengganu setiap tahun mengharungi "Piang Hujang"
setiap tahun. Peribahasa kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di
tepi pantai amat sinonim dengan kehidupan kita. Sesungguhnya kita
menghuni bumi ini dan kitalah yang memakmurkannya. Ya Allah, rahmatilah
Terengganu dan segala jiwa yang hidup di negerinya.
0 comments:
Post a Comment