
Friday, 4 April 2014
Sejarah "Panji Alam"
Assalamualaikum & salam sejahtera.. sedikit perkongsian insyallah, bersempena dengan alamat rumah saya iaitu Kg Nibong Panji Alam, Batu Burok, KualaTerengganu, Terengganu., ada cerita disebaliknya iaitu sejarah tentang Panji Alam. Nama sebenar ialah Megat Panji Alam iaitu seorang tokoh pahlawan negeri Terengganu. Megat Panji Alam adalah Putera Raja Terengganu sezaman dengan kegemilangan Melaka dan Hang Tuah. Beliau pernah bertunang dengan anak Bendahara Pahang bernama Tun Teja Benggala tetapi dilarikan oleh Hang Tuah untuk dijadikan isteri Sultan Melaka. Megat Panji Alam dan saudaranya Megat Kembar Ali berserta 4000 orang rakyat Terengganu menuju ke Melaka untuk berperang. Berita penyerangan Megat Panji Alam diketahui oleh Melaka, maka satu angkatan Melaka yang diketuai oleh Hang Tuah dan Hang Jebat menuju ke Pahang. Peristiwa pembunuhan Megat Panji Alam telah menimbulkan kemurkaan Sultan Pahang dan Sultan Terengganu. Sultan Terengganu sendiri telah bersedia untuk menuntut bela tetapi dibatalkan.
Sedikit rentetan..pada tahun 2006 hingga 2012, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam(bersempena nama Megat Panji Alam) yang dibuka tahun 1965. Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Kampung Nibong. Dirasmikan pada 28 Mac 1966 (7 Zulhijjah 1385) oleh Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Tahun 1987 Tingkatan Enam mula dibuka & pada tahun 1989 sebuah dewan serbaguna dan surau dibina.

asslalmualaikum..kmpg sy pon dekat kg.nibong,megat panji alam sbrnye 3 beradik ke dgn megat kebar a'li dn megat tuang dilaut?
ReplyDeleteAssalammualaikum .
ReplyDeleteSaya kevin rahman . Boleh tanya dimana makam megat panji alam ?
Hubungi saya . Terimakasih tuan .
Kevin rahman@mdhelmi
ReplyDelete0102960840